SEREMBAN: Polis menahan seramai 16 orang individu termasuk dua wanita selepas disyaki mencuri kabel milik syarikat telekomunikasi dianggarkan bernilai RM10,000 dalam kejadian di Taman Kelab Tuanku, di sini pada 20 Februari lalu. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kesemua suspek berusia antara 25 hingga 50 tahun itu ditahan pada pukul 1 petang, 21 Februari lalu iaitu kurang 24 jam selepas laporan polis diterima. Menurut beliau, kejadian itu disedari oleh seorang juruteknik yang ke lokasi pencawang kira-kira pukul 5.30 petang dan mendapati DC power kabel telah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya