BALING: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun maut akibat ditimpa batu bata daripada dinding yang runtuh dalam kejadian di rumahnya di Kampung Padang Lalang Besah dalam mukim Tawar, di sini kelmarin. Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, mangsa, Wan Abdul Aziz Wan Mohd Sholehhuddin mengalami cedera parah pada anggota badan dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Tawar. Sementara adik mangsa, Wan Mohd Baihaqi, 4, yang turut ditimpa runtuhan dinding yang baru dibina itu dilaporkan mengalami kecederaan ringan. Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, kejadian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya