PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan berangkat ke hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265 di Istana Negara, hari ini. Menurut Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, mesyuarat tersebut dipengerusikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. “Turut berangkat, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Pemangku Sultan Johor, Pemangku Raja Perlis, Tengku Mahkota Pahang dan Tengku Mahkota Kelantan. “Mesyuarat Raja-Raja pada hari ini turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka dan Sabah,” kata hantaran itu. Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir selain…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya