KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara akan memfailkan bantahan terhadap permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh pertubuhan bukan kerajaan, Aman Palestin. Perkara itu dimaklumkan, Peguam Kanan Persekutuan, Nur Irmawatie Daud yang mewakili responden dalam semakan itu pada sebutan permohonan terbabit di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Amarjeet Singh di sini semalam. Sehubungan itu, hakim berkenaan menetapkan 27 Februari ini untuk pendengaran permohonan Aman Palestin untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman itu. Mahkamah turut menetapkan 13 dan 20 Februari ini untuk pihak-pihak terlibat memfailkan hujahan bertulis. Pada 31 Januari lalu, pertubuhan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya