GEORGE TOWN: Seorang pengusaha minuman ais tingkap di Lebuh Tamil di sini mampu menjual 800 cawan minuman tersebut sehari terutama ketika cuti hujung minggu ekoran cuaca panas pada masa ini. Mohd. Almi Seeni Mohamed, 37, berkata, minuman tradisi penduduk Pulau Pinang itu dijual tidak kurang 500 cawan sehari pada hari biasa. Katanya, ais tingkap atau juga dikenali sebagai air sarbat bukan sahaja mampu menghilangkan dahaga, malah boleh meredakan suhu badan yang panas. Untuk itu, Mohd. Almi berkata, dia dan pekerjanya memerlukan lebih 80 biji kelapa sehari untuk menghasilkan ais tingkap…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya