KOTA KINABALU: Sebanyak 538 koloni setinggan yang menjadi penempatan pendatang asing tanpa izin (PATI) dikenal pasti di seluruh Sabah. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, sebahagian besar koloni setinggan yang dikenal pasti ini dihuni sepenuhnya oleh PATI dan sebahagian kecil turut dihuni oleh penduduk tempatan. Beliau berkata, PDRM dengan kerjasama agensi-agensi penguatkuasaan yang lain akan melancarkan operasi memerangi PATI dalam masa terdekat setelah semua maklumat dikumpul sepenuhnya. “Kita dapati sudah sampai waktunya untuk kita laksanakan kerjasama dengan semua jabatan yang terlibat untuk melaksanakan operasi ini. “Bagi PDRM, kita telah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya