PETALING JAYA: Sebanyak 2.1 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) bermula Khamis ini sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada 10 dan 11 Februari ini. Pusat Pengurusan Trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memberitahu Utusan Malaysia, peningkatan sebanyak 175,000 kenderaan juga bakal berlaku di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (70,000 kenderaan). “Jangkaan trafik mula meningkat pada sebelah petang Khamis ini untuk pergerakan keluar dari bandar-bandar sekitar Lembah Klang,” katanya di sini. Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, kira-kira 195,000 tiket ke beberapa destinasi habis dijual…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya