SEBERANG PERAI: Sebanyak 12 buah motosikal disita manakala 193 notis saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dalam Operasi Penguatkuasaan Khas Bulan Perayaan di negeri ini, sejak semalam. Menurut JPJ negeri, penguatkuasan ini dibuat bertujuan memastikan penunggang serta pembonceng motosikal mematuhi peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan. Menurut beliau, antara lokasi tumpuan termasuklah berhampiran Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Plaza Tol Juru, Jalan Free School serta Jalan Bagan. “Antara kesalahan yang dikesan sepanjang berlangsungnya operasi penguatkuasaan itu pula termasuk tidak memiliki lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya