Warga emas simpan syiling antik sejak 40 tahun lalu

Warga emas simpan syiling antik sejak 40 tahun lalu

ABDULLAH Sharif menunjukkan duit syiling lama yang disimpannya di Kampung Sedim, Kulim, Kedah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Seorang warga emas di Kampung Sedim dekat sini berbangga dengan pelbagai koleksi duit syiling lama yang ditemuinya kira-kira 40 tahun lalu.

Abdullah Sharif, 73, berkata, dia menemukan enam syiling berkenaan termasuk Dolar Selat satu sen yang dikeluarkan pada 1862 ketika membersihkan rumah ibu bapanya.

“Ketika itu saya tengah cuci rumah ibu bapa saya terletak tidak jauh dari Sungai Sedim dan tiga hari selepas itu duit syiling ini timbul bersama satu batang besi. Banyak yang kata jangan ambil tetapi saya ambil juga dan simpan sehingga ke hari ini.

“Duit syiling ini dari India, British dan Thailand. Yang lain saya tidak dapat kenal pasti kerana sudah kabur,” kata­nya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurut Abdullah, dia me­rahsiakan penemuan tersebut sejak 40 tahun lalu termasuk daripada keluarganya.

“Hari ini saya baru beritahu semua. Duit ini saya simpan untuk kenangan sahaja dan akan wariskan kepada anak-anak saya juga nanti,” ujarnya.

Tambahnya, dia juga tidak tahu berapa nilai wang syiling tersebut kerana tidak berhasrat untuk menjualnya.

“Tak mahu jual rasanya. Saya nak simpan buat kena­ngan sahaja. Orang minta saya pergi nilai duit ini tetapi saya belum lagi berbuat demikian kerana saya tidak pernah memberitahu sesiapa pun tentang penemuan duit ini.

“Kampung Sedim ini kaya dengan sejarahnya dan saya percaya duit syiling ini mempunyai kaitan dengan perkara itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya