Warga emas rugi lebih RM1.4 juta terpedaya pelaburan tidak wujud - Utusan Malaysia

Warga emas rugi lebih RM1.4 juta terpedaya pelaburan tidak wujud

YAHAYA OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang warga emas terpaksa berputih mata apabila wang simpanannya bernilai RM1,430,819 lesap selepas terpedaya dengan sindiket skim pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, dalam kejadian awal bulan Oktober tahun lalu di Raub, dekat sini, mangsa yang merupakan seorang pesara kilang swasta berusia 70 tahun menyertai satu skim pelaburan saham yang dijanjikan keuntungan lumayan melalui laman sosial Facebook.

“Suspek meminta mangsa membuka akaun saham dan mengikuti kelas saham selama lapan bulan di laman sesawang yang diberikan.

“Mangsa mula membuat pelaburan sebanyak RM20,000 dan memperoleh keuntungan RM4,000. Mangsa mula percaya dan menambah modal dengan membuat transaksi sebanyak 19 kali ke lapan akaun bank berlainan sehingga mengalami kerugian RM1,430,810,” katanya di sini hari ini.

Yahaya justeru itu menasihatkan orang ramai agar membuat semakan dahulu sebelum membuat sebarang pelaburan secara dalam talian bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

“Jangan mudah terpengaruh dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan yang lumayan.

“Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima dipautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat transaksi,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya