Warga emas ditahan cuba seludup petrol, minyak masak

Warga emas ditahan cuba seludup petrol, minyak masak

MINYAK masak peket yang dirampas selepas menahan sebuah pacuan empat roda di Taman Sri Baru Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan kelmarin.-IHSAN KPDN KELANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Cubaan seorang lelaki warga emas menyeludup sejumlah 100 liter petrol dan 85 kilogram (kg) minyak masak peket ke negara jiran gagal selepas ditahan pasukan penguat kuasa di Taman Sri Baru Pengkalan Chepa, di sini kelmarin.

Lelaki berusia 70 tahun itu berjaya ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Tok Bali pada pukul 12.45 tengah hari.

Pengarah KPDN Kelantan Azman Ismail berkata, semasa melakukan rondaan anggota bertugas telah mengesan sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, anggota bertugas terus mengekori suspek sejauh 5 kilometer (km) sebelum menahan pacuan empat roda tersebut.

“Pemeriksaan yang dilakukan telah menjumpai 100 liter minyak petrol dan 85 kg minyak masak bersubsidi. Pada masa sama, kita turut mendapati kenderaan itu mempunyai tangki yang sudah diubahsuai.

“Siasatan awal saspek mengaku membuat pembelian pengisian kedalam tangki ubahsuai kenderaan secara berulang di beberapa stesen minyak sekitar Kota Bharu untuk tujuan penyeludupan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azman memberitahu, pihaknya percaya kesemua barangan itu akan dibawa ke pangkalan haram untuk diselewengkan ke negara jiran.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya