Warga emas di Negeri Sembilan diseru mohon inisiatif sumbangan RM200 - Utusan Malaysia

Warga emas di Negeri Sembilan diseru mohon inisiatif sumbangan RM200

NOORZUNITA BEGUM MOHD. IBRAHIM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Warga emas berusia 70 tahun ke atas di Negeri Sembilan diseru untuk memohon inisiatif Sumbangan Keceriaan sebanyak RM200 seorang yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Noorzunita Begum Mohd. Ibrahim berkata, inisiatif berkenaan telahpun dimasukkan dalam Belanjawan Negeri Sembilan 2024 yang menunaikan manifesto Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan di bawah Skim Sejahtera Rakyat.

“Dengan menerima inisiatif tersebut, warga emas dapat menggunakan dana untuk pelbagai tujuan yang memberi impak positif. Antara manfaat yang mungkin diperoleh termasuk bantuan kewangan tambahan untuk kos perubatan, pembelian keperluan harian, dan peningkatan daya beli mereka. 

“Wang sokongan tambahan ini kepada warga emas ini juga dapat membantu mereka menghadapi cabaran ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan hidup,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah berkata, inisiatif itu juga boleh memberikan rasa dihargai kepada warga emas, dan pengiktirafan terhadap sumbangan mereka kepada masyarakat.

“Inisiatif ini baru sahaja dilancarkan dan dibuka untuk permohonan dan pendaftaran. Setakat hari ini, jumlah permohonan yang diterima semakin hari semakin bertambah rentetan daripada usaha Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan kerjasama pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) untuk menyebar dan membantu pemohon untuk mendaftar.

Noorzunita berkata, dalam usaha memastikan tiada golongan yang ketinggalan, beliau turut menekankan kepentingan penyampaian maklumat dan komunikasi jelas dan menyeluruh termasuklah menerusi media sosial serta berita mengenai cara memperoleh inisiatif dan manfaat yang disediakan oleh kerajaan itu.

“Dengan menyediakan maklumat yang mudah difahami dan diakses, golongan warga emas akan lebih mungkin mengetahui dan memahami manfaat yang mereka layak terima. Seperti yang kita dapat lihat, golongan sasar ini telah mula hadir ke mana-mana pusat khidmat berhampiran untuk mendapatkan bantuan daripada segi permohonan.

“Usaha ini dilihat mendapat suatu sambutan yang baik daripada golongan sasar dimana skim ini sendiri dinamakan sebagai sumbangan keceriaan. Saya dan pihak kerajaan negeri justeru menyeru kepada golongan sasar iaitu warga emas untuk mengambil peluang yang disediakan inisiatif tersebut,” katanya yang turut memberitahu permohonan boleh diisi melalui laman sesawang https://www.n9.digital atau menerusi aplikasi N9 Digital.UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya