Warga emas di Bukit Minyak dirai sempena Tahun Baharu Cina

Warga emas di Bukit Minyak dirai sempena Tahun Baharu Cina

HSIAO Leung (duduk tiga dari kanan) pada Majlis Penyampaian Sumbangan Beg Makanan kepada Warga Emas sempena Tahun Baharu Cina MPKK Bukit Minyak 13, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Minyak MK 13 meraikan kira-kira seramai 50 warga emas sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang akan disambut tidak lama lagi.

Pengerusinya, Chew Chin Ewo berkata, program dengan kerjasama AEON Big Bukit Minyak itu membabitkan penerima berusia 65 tahun ke atas, daripada kategori B40.

“Setiap tahun pihak MPKK bersama pejabat Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah komited dalam menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan terutamanya pada musim perayaan mahupun ketika musibah.

“Malah, program kali ini agak istimewa kerana melibatkan kerjasama dengan pengurusan AEON Big Bukit Minyak selaku penaja.

“Sekurang-kurangnya ia mampu memberi kelegaan kepada warga emas untuk menyambut perayaan Tahun Baharu Cina kelak,” katanya pada Majlis Penyampaian Sumbangan Beg Makanan kepada Warga Emas sempena Tahun Baharu Cina MPKK Bukit Minyak 13 di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tengah, Gooi Hsiao Leung dan Timbalan Pengurus AEON Big Bukit Minyak, Idris selaku wakil penaja.

Sementara itu, seorang penerima, Ooi Kim Huat, 74 berkata, dia berbesar hati dengan sumbangan yang diberikan pihak terbabit kerana tidak meminggirkan golongan yang memerlukan.

Seorang lagi penerima, Tang Chian Keung, 70 pula memberitahu, inisiatif tersebut perlu diteruskan demi kesejahteraan rakyat yang kebanyakannya terdiri daripada golongan berpendapatan rendah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya