Wanita warga Indonesia ditemukan maut di tepi tangga

Wanita warga Indonesia ditemukan maut di tepi tangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang wanita dipercayai warga Indonesia ditemukan maut dengan kesan kecederaan di badannya di tepi tangga lif di tingkat lima Blok 5, Desa Mentari, di sini, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 6.30 pagi tadi.

Katanya, sebaik sahaja tiba di lokasi polis, menemukan mayat seorang wanita berusia awal 20-an dalam keadaan berlumuran darah di tepi tangga lif.

“Bagaimanapun, kecederaan yang dialami tidak dapat dipastikan lagi dan masih menunggu pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)  Selangor untuk menjalankan siasatan.

“Setakat ini suspek belum dikenal pasti. Kita juga akan membuat pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) bagi menjalankan siasatan lanjut,

“Kita juga akan merakam keterangan bagi mengesan suspek yang terbabit dalam kejadian ini,” katanya ketika dihubungi di sini. 

Beliau meminta mana-mana individu yang  menyaksikan kejadian itu tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya