Wanita pertama dalam perkhidmatan awam meninggal dunia - Utusan Malaysia

Wanita pertama dalam perkhidmatan awam meninggal dunia

Tan Sri Devaki Ayathurai Krishnan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Wanita pertama yang dipilih untuk jawatan awam di Malaysia, Tan Sri Devaki Ayathurai Krishnan meninggal dunia pada usia 100 tahun kerana sakit tua malam tadi.

Perkara itu disahkan cucunya, R. Ramanan yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh.

“Mendiang seorang tokoh wanita berpengaruh dalam politik Malaysia sehingga diberi gelaran ‘Grand Done of Malaysian Politics’

“Hayatnya diabadikan untuk berkhidmat kepada masyarakat. Jasa dan kepemimpinannya mengangkat martabat wanita di mata dunia,” kata Ramanan dalam kenyataan.

Devaki dilahirkan pada 11 Mac 1923 dan  memulakan karier sebagai guru. Beliau kemudian  mencipta sejarah pada 1952 apabila memenangi kerusi Majlis Perbandaran di Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada Parti Kemerdekaan Malaya pimpinan Onn Jaafar.

Mendiang kemudian menyertai MIC dan bertanding di kerusi Sentul pada pilihan raya 1959.

Semasa rusuhan Mei 1969, mendiang membantu menjaga mangsa-mangsa rusuhan dan gelandangan yang semua berjumlah kira-kira 3,500, di Stadium Merdeka.

Devaki dilantik sebagai setiausaha Wanita MIC pada 1975 dan Timbalan Presiden Wanita MIC pada 1984.

Selain itu, mendiang juga pernah memegang pelbagai jawatan termasuk Ahli Lembaga Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO), Naib Presiden Persatuan Wanita Asia Pan Pasifik dan Asia Tenggara, serta Ahli Majlis Majlis Kebangsaan Pertubuhan Warga Emas Malaysia.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya