Wanita hilang, tidak pulang ke rumah selepas keluar beli barang - Utusan Malaysia

Wanita hilang, tidak pulang ke rumah selepas keluar beli barang

NORMALIZA Hashim dilaporkan hilang oleh keluarganya selepas keluar dari rumah pada 28 Disember lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang wanita dilaporkan hilang oleh keluarganya se;epas tidak pulang ke rumah selepas keluar membeli barang di sebuah pasar raya di Bahau di sini pada 27 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, wanita itu, Normaliza Hashim, 40, yang bekerja sebagai pembantu kedai di sedari telah keluar kira-kira pukul 3.30 petang dan kemudiannya tidak pulang ke rumah sehingga laporan polis dibuat oleh anak saudaranya pada 28 Disember lalu di Balai Polis Ayer Hitam di sini.

Jelas beliau, pada mulanya anak saudaranya yang tinggal bersama ada cuba menghubungi wanita berkenaan namun gagal.

Katanya lagi, kemudian siasatan telah dijalankan oleh pihak polis dan wanita berkenaan berjaya dihubungi dan menyatakan diri dalam keadaan selamat dan akan pulang ke rumah.

“Bagaimanapun, wanita berkenaan tidak pulang dan kertas siasatan orang hilang akan dibuka memandangkan tidak pulang ke rumah seperti dinyatakan dalam panggilan telefon kerana mendatangkan kebimbangan kepada keluarga,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Chang Hook lagi, sehubungan itu, orang ramai boleh menyalurkan maklumat sekiranya ternampak wanita berkenaan.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya