PETALING JAYA: Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Yang di-Pertua (TYT) Sarawak kelapan berkuat kuasa hari ini.
Bekas Yang Dipertua Dewan Negara itu turut dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun.
Wan Junaidi menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud yang telah memegang jawatan TYT Sarawak ketujuh selama 10 tahun sejak 2014.
Menurut Bernama, beliau menerima surat cara pelantikan itu daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Balairung Kecil, Istana Negara.