IPOH: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mungkin ahli politik pertama yang memenuhi tanggung jawab moral apabila memilih hanya satu pencen dan menolak yang lain.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Wan Azizah hari ini apabila memilih hanya satu satu daripada bayaran pencen iaitu pekerja kerajaan sebagai doktor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli Parlimen.
“Memilih satu daripada bayaran pencen ini adalah soal moral dan ini termasuk Azizah, bayaran pencen sebagai doktor, ADUN di Selangor dan Ahli Parlimen.
“Tentunya beliau sebagai seorang yang bertanggungjawab maklumkan pada saya pagi tadi, dia hanya akan pilih satu pencen,” katanya.
Anwar berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Kerajaan Perpaduan Negeri Perak di sini hari ini. – UTUSAN