Utamakan usaha bantu rakyat, politik masa pilihan raya sahaja - Pemuda UMNO - Utusan Malaysia

Utamakan usaha bantu rakyat, politik masa pilihan raya sahaja – Pemuda UMNO

PEMUDA UMNO membersihkan rumah Bainah Ahmad di Kampung Paya, Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Ahli politik diharapkan lebih mengutamakan tugas membantu rakyat dan hanya berpolitik ketika menghadapi pilihan raya.

Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, keutamaan kini adalah untuk bersama-sama rakyat dan bukannya membuat rakyat jemu dengan politik di negara ini.

Justeru, katanya, ahli politik harus mengenepikan tindakan untuk menukar kerajaan, sebaliknya lebih baik kini bersama-sama untuk membantu dan menjaga kebajikan rakyat.

“Kita menjunjung segala apa yang ada dalam Perlembagaan Malaysia, menjunjung proses demokrasi, namun hari ini jika rakyat ditimpa bencana dan sebagainya ketepikan dahulu (berpolitik) dan kena bantu rakyat.

“Bila ada ura-ura nak bercakap soal tukar kerajaan, rakyat sudah jemu sebenarnya dan jangan sampai rakyat jemu dengan politik. Jadi, nasihat saya kepada semua termasuk golongan muda jangan ambil kisah dengan politik waktu ini,” katanya mengulas cadangan Rang Undang-Undang (RUU) kekalkan kerajaan tadbir negara hingga akhir penggal yang dikemukakan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau ditemui selepas menyertai Misi Bantuan Banjir Pemuda UMNO Malaysia di Negeri Johor, di sini hari ini yang yang turut hadir, Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros.

Muhamad Akmal berkata, Pemuda UMNO kini hanya menumpukan perhatian untuk memperjuangkan nasib rakyat yang terkesan akibat bencana banjir dan masalah rakyat yang lain.

“Politik hanya ketika nak pilihan raya, tetapi untuk masa kini perlu menumpukan  bagaimana kita nak membantu rakyat.

“Bagi saya perlembagaan yang ada perlu dijunjung dengan lebih tinggi, proses demokrasi perlu diangkat tapi pada masa yang sama semuanya perlu tertakluk dengan kepentingan rakyat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya