Uniten KSHAS kekal di Muadzam Shah - Utusan Malaysia

Uniten KSHAS kekal di Muadzam Shah

WAN ROSDY Wan Ismail (tengah) selepas mengadakan perbincangan antara kerajaan negeri, Uniten dan TNB di Wisma Sri Pahang di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kerajaan negeri bersama Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersetuju universiti itu cawangan Kampus Sultan Haji Ahmad Shah (KSHAS) dikekalkan di Muadzam Shah, Rompin, dekat sini.

Keputusan tersebut dicapai hasil perbincangan bersama ketiga-tiga pihak yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Wisma Sri Pahang di sini.

Wan Rosdy berkata, dalam perbincangan itu, pihak Uniten juga turut bersetuju untuk mengekalkan 13 kursus di KSHAS serta tidak menawarkan kursus sama di Uniten kampus Bangi, Selangor.

Katanya, pihak pengurusan universiti terbabit juga akan berusaha untuk menambah bilangan penuntut Uniten KSHAS terutama pada sesi pendaftaran bulan Februari ini.

“Bagi pihak kerajaan negeri, saya bersyukur isu ini sudah mencapai kata sepakat dan dimuktamadkan bersama.

“Malah, kerajaan negeri juga bersedia untuk membantu Uniten bagi memastikan kampus berkenaan terus kekal di Muadzam Shah yang menjadi pemangkin kepada pembangunan pesat di kawasan berkenaan.

“Saya berharap selepas ini tidak timbul lagi isu universiti ini hendak ditutup dan semua pihak akan berganding bahu bagi memastikan Uniten di Muadzam Shah terus maju dan berkembang serta menjadi pilihan pelajar untuk melanjutkan pengajian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya