Ular kapak batu kapur alis mata direkodkan di Perlis

Ular kapak batu kapur alis mata direkodkan di Perlis

ULAR kapak batu kapur alis mata atau trimeresurus ciliaris direkodkan penemuan oleh sekumpulan ahli Perlis Nature Xplorer (PNX) di Banjaran Nakawan, Perlis, 30 November lalu. – UTUSAN/AHMAD FAHMI MOHD. RADZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Spesies ular kapak batu kapur alis mata atau trimeresurus ciliaris berjaya direkodkan oleh sekumpulan ahli Perlis Nature Xplorer (PNX) di Banjaran Nakawan di sini sekali gus menjadi penemuan bersejarah yang pertama di negeri ini dan negara.

Ular jenis limestone eyelash pit viper atau ular kapak batu kapur alis mata itu direkodkan penemuan di sebuah kompartmen hutan batu kapur di banjaran berkenaan pada 30 November lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pengasas PNX, Sya­mil Abd. Rahman berkata, pe­nemuan tersebut dibuat secara tidak rasmi dan hanya boleh dilakukan sedemikian oleh penyelidik selepas penerbitan saintifik.

Bagaimanapun, katanya, rekod penemuan tersebut dipercayai dapat mengesahkan ke­wujudan spesies tersebut di Perlis dan Banjaran Nakawan.

Katanya, sebelum ini, penerbitan kertas saintifik oleh penyelidik Thailand telah menyenaraikan kawasan berkenaan sebagai taburan habitat ular tersebut.

“Dalam kajian berkenaan, penyelidik Thailand menemukan spesimen kajian ular spesies itu di wilayah Trang, kira-kira 170 kilometer dari Perlis.

“Spesimen pertama ular kapak batu kapur alis mata di Thailand itu dikutip pada 2016 dan disimpan di taman ular Queen Saovabha Memorial Institute, Bangkok sehingga 2022.

Tambah Syamil, sebelum ini, ular kapak cantik (tremeresurus venustus) yang hampir sama dengan spesies berkenaan pernah direkodkan ditemukan di Pulau Langkawi.

“Di Malaysia, hanya ular kapak cantik direkodkan di Langkawi bagi kategori spesies ular kapak penghuni batu kapur,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya