Tunku Azizah dilantik semula Ketua Perlembagaan UIAM - Utusan Malaysia

Tunku Azizah dilantik semula Ketua Perlembagaan UIAM

Darjah kebesaran Selangor
TUNKU Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dilantik semula sebagai Ketua Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk tempoh lima tahun berkuatkuasa pada 31 Januari hingga 30 Januari 2029.

UIAM dalam kenyataan memaklumkan, pelantikan semula tersebut telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Lembaga Gabenor UIAM telah mengambil maklum sebulat suara berkenaan dengan pelantikan tersebut.

“Tunku Azizah dilantik jawatan tersebut bagi penggal pertama pada 2019 untuk tempoh lima tahun.

“Watikah pemasyhuran ketika itu dibacakan dan dipersembahkan kepada baginda oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersempena dengan Majlis Pemasyhuran pada November 2019,” kata kenyataan itu hari ini.

Dalam pada itu, Rektor UIAM, Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata, warga UIAM amat bersyukur dan berbangga dengan keputusan pelantikan semula Tunku Azizah sebagai Ketua Perlembagaan UIAM untuk penggal kedua.

“Seluruh warga UIAM amat berbesar hati dan gembira dengan pelantikan semula Tunku Azizah kerana sikap penyayang dan prihatin Tunku yang mendalam kepada segenap warga berbilang bangsa di UIAM ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya