Tunggu gaji naik lambat,  Cuepacs saran beri elaun khas  - Utusan Malaysia

Tunggu gaji naik lambat,  Cuepacs saran beri elaun khas 

Cuepacs cadang bayar elaun kos sementara menunggu pelaksanaan SSPA. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyarankan kerajaan mempertimbangkan kenaikan gaji dalam bentuk elaun khas terlebih dahulu sementara menunggu pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, perkara itu boleh dilakukan sekiranya isu kewangan menjadi kekangan kerajaan untuk menyeerakan SSPA. 

“Selepas SSPA dimuktamadkan kelak dan berlakunya kenaikkan gaji, maka kerajaan boleh memansuhkan bayaran elaun khas tersebut. 

“Usaha ini sedikit sebanyak membantu meningkatkan gaji bersih (take home pay) penjawat awam meningkat sementara menunggu pelarasan gaji dilaksanakan. 

“Adalah menjadi harapan warga penjawat awam untuk menikmati skim upah yang lebih adil dan munasabah supaya mereka mampu berhadapan dengan situasi yang sukar ketika ini,” katanya dalam kenyataan. 

Semalam, media melaporkan, kerajaan mahu menyegerakan pelaksanaan SSPA selepas tertangguh sebelum ini ekoran kedudukan kewangan negara yang dibebani hutang terdahulu. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif itu tidak dapat dilaksanakan tahun lalu ekoran Kerajaan Perpaduan mewarisi kedudukan kewangan terdahulu yang tinggi iaitu sebanyak RM1.5 trilion dengan defisit 5.6 peratus.

Mengulas lanjut, Adnan berkata, Cuepacs bagaimanapun menghargai komitmen Perdana Menteri untuk menyegerakan pelaksanaan skim upah yang lebih adil dan munasabah untuk penjawat awam. 

Katanya, ini kerana pelaksanaan kajian SSPA pada tahun 2025 sebelum ini terlalu lama dan tidak wajar susulan  peningkatan kos sara hidup yang meningkat begitu drastik berbanding pendapatan. 

“Sudah hampir belasan tahun tiada sebarang bentuk penyelarasan dan kenaikan gaji secara drastik diterima oleh penjawat awam. 

“Cuepacs berharap kerajaan benar-benar serius untuk menyegerakan skim upah yang lebih adil dan munasabah tersebut memandangkan Sistem Saraan Malaysia yang digunakan perkhidmatan awam sejak 2002 ketika ini ibarat kerangka ‘rumah lama’ yang tidak lagi sesuai dengan persekitaran ekonomi semasa negara,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya