Tumpu pada kerja, jangan asyik mahu tumbangkan kerajaan - Puteri UMNO

Tumpu pada kerja, jangan asyik mahu tumbangkan kerajaan – Puteri UMNO

NURUL Amal Mohd. Fauzi (dua kiri) semasa menyantuni mangsa banjir selepas dinding rumah mereka runtuh dihempap tanah runtuh dalam kejadian di Kampung Dalam Reka, Jeli, Kelantan-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Pergerakan Puteri UMNO Malaysia mengingatkan supaya Ahli Parlimen yang sibuk mahu menumbangkan Kerajaan Perpaduan supaya menghentikan niat tersebut,  sebaliknya fokus kepada menjaga kebajikan rakyat di kawasan yang diwakili mereka.

Ketuanya Datuk Nurul Amal Mohd. Fauzi berkata, tindakan menukar kerajaan itu dilihat boleh mengundang kepada ketidakstabilan politik secara berterusan sekali gus memberikan kesan tidak baik kepada negara.

“Politik negara menjadi tidak stabil sejak tahun 2018 lagi. Bila keadaan itu berlaku, rakyat akan turut terkesan dengan situasi tersebut.

“Kesannya, rakyat sudah muak dengan politik kerana ia tidak stabil. Bagi saya, tidak kira apa langkah pun, eloklah tumpu pada soal menjaga rakyat,” katanya kepada pemberita selepas diminta mengulas ‘Langkah Dubai’.

Media sebelum ini melaporkan, ‘Langkah Dubai’ dirancang gulingkan Kerajaan Perpaduan dibawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terdahulu, beliau bermandi peluh bergotong-royong bersama sukarelawan Puteri UMNO membersihkan rumah penduduk yang rosak dihempap tanah runtuh di Kampung Dalam Reka, di sini hari ini.

Nurul Amal memberitahu, beliau berharap rakyat bersikap matang dan membuat penilaian terhadap kumpulan yang ‘kemaruk’ kepada kuasa sebaliknya mengabaikan soal kebajikan penduduk.

Katanya, golongan itu perlu ditolak pada pilihan raya akan datang.

Dalam perkembangan lain, Amal berkata, seramai 300 sukarelawan Puteri UMNO akan digerakan ke Kelantan dan Terengganu bagi membantu penduduk yang terjejas di kedua-dua negeri ini akibat banjir.

Katanya,  pada masa sama  Puteri UMNO turut menyerahkan sumbangan bantuan kepada penduduk terjejas.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya