Tipu pakej katering: Suami Fauziah turut hilangkan diri - Utusan Malaysia

Tipu pakej katering: Suami Fauziah turut hilangkan diri

POLIS kini sedang mengesan wanita dikenali sebagai Fauziah Abdul Hamid bagi membantu siasatan kes penipuan dalam urusan katering yang berlaku di Jempol baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Polis masih giat mengesan Fauziah Abdul Hamid, 40, yang disyaki terbabit kes penipuan dalam urusan katering di daerah ini yang berlaku baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, setakat ini, usaha mendapatkan keterangan suami suspek juga tidak berhasil kerana lelaki terbabit dipercayai turut menghilangkan diri.

“Setakat ini, kami ada mendapatkan maklumat daripada saudara maranya bagi mengesan suspek, justeru, kami meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan suspek itu dengan alamat terakhirnya di Taman Alam Budiman, Shah Alam, Selangor,” katanya kepada pemberita, di sini.

Baru-baru ini media melaporkan, Fauziah dengan alamat terakhirnya di Nombor 18, Jalan Pulau Lumut U10/76G, Taman Alam Budiman, Shah Alam, Selangor, kini merupakan individu yang dikehendaki polis selepas disyaki terlibat dalam penipuan urusan katering membabitkan seorang pengantin wanita di Bandar Seri Jempol, di sini.

Pada 25 Disember tahun lalu media juga telah melaporkan sebuah keluarga di daerah ini kerugian RM13,000 akibat ditipu dengan pakej kenduri kahwin yang ditawarkan oleh sebuah pengusaha katering.

Keadaan tersebut menyebabkan keluarga terbabit terpaksa memasak sendiri hidangan selain mencari set kerusi dan meja untuk diletakkan di dalam dewan yang sudah ditempah.

Chang Hook sebelum ini memaklumkan, mangsa dipercayai menjadi mangsa penipuan selepas berurusan secara dalam talian bagi mendapatkan khidmat pakej perkahwinan.

Semakan polis melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati syarikat katering itu didaftarkan atas nama suami kepada wanita berkenaan.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya