Tinggal 43 orang mangsa banjir di Kelantan masih berlindung di PPS

Tinggal 43 orang mangsa banjir di Kelantan masih berlindung di PPS

KAMPUNG Tersang, Rantau Panjang, Kelantan di ditenggelami banjir limpahan air Sungai Golok.-UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus menurun apabila hanya 43 orang yang masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 108 berbanding pada petang semalam.

Penurunan jumlah mangsa itu dibantu oleh faktor cuaca di negeri ini yang semakin baik.

Sekretariat Pengurusan Bencana negeri berkata, setakat pukul 8 pagi berkata, kesemua mangsa mangsa dari sembilan keluarga itu berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Lalang Pepuyu, Tanah Merah.

“Mereka ini terdiri daripada 30 dewasa dan 13 kanak-kanak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi tahap bahaya iaitu 10.12 meter walaupun tren menurun.

Situasi untuk menyaksikan beberapa kawasan rendah di Rantau Panjang mula ditenggelami banjir seperti Kampung Tersang, Lachang, Banggol Perol To’Deh dan banyak lagi.

Sungai Golok (Kuala Jambu, Tumpat) pula melepasi tahap berjaga-jaga, sementara ain-lain sungai utama berada pada bacaan normal.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya