Tiga kanak-kanak lemas dalam kolam latihan kereta kebal - Utusan Malaysia

Tiga kanak-kanak lemas dalam kolam latihan kereta kebal

KERJA-kerja mengepam air kolam dilakukan oleh pihak bomba dan dibantu anggota tentera di kolam latihan kereta kebal dekat Kem Batu 5, Jalan Karak-Temerloh di Temerloh, Pahang. - IHSAN JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Tiga kanak-kanak ditemukan lemas selepas dipercayai mandi dalam kolam latihan kereta kebal di Kem Batu 5, Jalan Karak-Temerloh di sini semalam.

Tiga sahabat yang maut dalam kolam sedalam 2.1 meter itu melibatkan dua kanak-kanak berusia 11 tahun dan seorang kanak-kanak 13 tahun.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, pihaknya menerima panggilan tentang kejadian tersebut pada pukul 5.55 petang.

“Seramai sembilan anggota Balai Bomba Mentakab dan tujuh anggota balai bomba Temerloh digerakkan ke lokasi dan dimaklumkan tiga kanak-kanak lelaki sudah dihantar ke hospital oleh ambulans tentera.

“Tiga kanak-kanak lelaki yang berusia 11 dan 13 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan,” katanya di sini hari ini.

Tambah Wan Mohammad Zaidi, pihak bomba turut melakukan operasi pencarian dan mengepam air kolam selepas dimaklumkan kemungkinan terdapat seorang lagi mangsa.

“Setelah dibuat pencarian, mangsa iaitu satu kanak-kanak lelaki yang dikatakan masih hilang sebenarnya tidak terlibat dengan tempat kejadian,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya