Tiga kampung banjir akibat hujan lebat berterusan - Utusan Malaysia

Tiga kampung banjir akibat hujan lebat berterusan

ANGGOTA bomba membawa seorang mangsa banjir, Sri Wahyuni Ahmad yang menghidap penyakit gout dan buah pinggang di SK Kampung Laut, Johor Bahru yang dilanda banjir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU::Tiga buah Kampung di Skudai dilanda banjir berikutan hujan lebat berterusan sejak malam tadi.

Kampung Sepakat Baru Senai, Kampung Laut dan SK Kampung Laut ditenggelami air antara satu hingga dua meter.

Seorang penduduk, Shahadan Abdullah, 85, berkata, air mulai naik kira-kira pukul 10 pagi sehingga paras lutut.

Dia yang menjalankan perniagaan kedai runcit di Kampung Laut sempat menyelamatkan beberapa barangan, terutamanya makanan.

“Tak sangka hujan lebat sejak malam tadi hingga ke petang tanpa henti. Saya bersyukur barangan dalam kedai runcit saya selamat,,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Seorang lagi penduduk, J. Murugan, 39, berharap kerajaan dapat mendalam dan melebarkan lagi Sungai Skudai bagi mengurangkan kejadian banjir di kawasan tersebut.

“Memang teruk banjir tahun baru 2024 ini, tahun 2023 saya terpaksa menghadapi empat kali banjir. Minta tolonglah kepada Menteri Besar dan wakil rakyat, bantulah nasib penduduk di SK Kampung Laut, sampai bila kami terpaksa berdepan dengan banjir setiap kali hujan,” katanya.

Tinjauan mendapati para penduduk yang terjejas telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara  (PPS) di Dewan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).

Seorang penduduk yang bertindak sebagai pemantau banjir, Kadir Jamak, 51, berkata, hujan lebat sejak malam tadi menyebabkan banyak kawasan kampung terjejas.

Menurutnya, para penduduk mula berpindah sebaik PPS Dewan MBIP dibuka.

Sementara itu,  Bomba dan Penyelamat Skudai yang diketuai Ketua Operasi Saifulbahari Safar bersama 15 anggota telah menjalankan kerja-kerja menyelamat seorang pesakit wanita yang menghidap gout dan buah pinggang.

Mereka terpaksa mengendong mangsa yang sakit untuk keluar dari rumah sebelum menaiki bot penyelamat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya