Tiada tandas pusat beli-belah di Melaka dapat lima bintang

Tiada tandas pusat beli-belah di Melaka dapat lima bintang

RAIS YASIN mengisi petrol pada sebuah motosikal ketika Program Isi Minyak Percuma di sebuah stesen minyak di Krubong, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Tahap kebersihan tandas di negeri ini masih belum memuaskan terutama di pusat membeli belah yang menjadi tumpuan pelancong, sekali gus menjejaskan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.

Pengerusi Kanan Jawatankuasa Perumahan Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaka, Datuk Rais Yasin berkata, setakat ini tidak ada tandas pusat membeli-belah yang mencapai penarafan lima bintang.

Menurutnya, ada juga pusat membeli-belah tidak ambil peduli soal kebersihan tandas sehingga diberikan penarafan hanya satu bintang.

“Ini sebenarnya tidak elok bagi Melaka sebagai sebuah negeri pelancongan apa lagi kita sedang melaksanakan TMM 2024. Saya banyak mendapat aduan berhubung tandas swasta ini yang tidak diselenggara dengan sempurna hingga mengabaikan soal kebersihan.

“Bagi tandas awam diuruskan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), setakat ini saya amat berpuas hati kerana ada juga mencapai penarafan lima bintang,” katanya kepada pemberita selepas Program Isi Minyak Percuma di sebuah stesen minyak di Krubong di sini, hari ini.

Tambah Rais, lawatan mengejut akan dilakukan ke semua tandas pusat membeli-belah termasuk stesen minyak serta yang diselenggara pihak swasta.

Katanya, ia bukan bertujuan untuk mendenda atau sebarang tindakan diambil, sebaliknya bertujuan memastikan tandas dalam keadaan bersih untuk kebaikan semua pihak.

“Tandas ini merupakan satu elemen penting dalam sebuah rumah. Tidak ada gunanya rumah yang cantik kerana dekorasinya tetapi tandas tidak bersih dan kotor,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya