PETALING JAYA: Nasib wanita hamil di Gaza semakin meruncing apabila mereka terputus kepada akses perubatan, makanan dan kesihatan yang semakin memburuk disebabkan konflik Israel-Palestin. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR), Jismi Johari berkata, mereka di sana terpaksa melahirkan anak tanpa diberikan sebarang bius. “Bayangkan betapa teruk keadaan di sana. Wanita hamil terpaksa melahirkan bayi tanpa sebarang bius atau ubat-ubatan dapat diberikan. Tidak dapat dibayangkan kesakitan yang perlu mereka tanggung,” katanya. Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Presiden Muslim Care Malaysia (MCM), Zulkifli Wahijan berkata, gencatan senjata…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya