Terkandas banjir di Jambatan Gemunchor sebelum lori terbakar - Utusan Malaysia

Terkandas banjir di Jambatan Gemunchor sebelum lori terbakar

Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran sebuah lori balak berdekatan jambatan Sungai Jelai di Kampung Gemunchor, Lipis hari ini. - VIDEO/IHSAN BALAI BOMBA KUALA LIPIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS : Malang tidak berbau bagi seorang pemandu lori balak, Joharudin Jaafar, 44, apabila dia terkandas akibat banjir di sebuah jambatan yang dinaiki air sebelum lori yang dipandunya tiba-tiba terbakar berdekatan Kampung Gemunchor dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, kejadian itu berlaku ketika pemandu berkenaan sedang parkir lori balak di tepi jalan berdekatan jambatan Gemunchor kerana paras air Sungai Jelai telah melimpah ke jalan utama di kampung tersebut pada pukul 11.30 pagi hari ini.

“Menurut maklumat daripada pemandu berkenaan dia dalam perjalanan menghantar kayu balak dari Pahang ke Yong Peng, Johor tiba-tiba melihat asap keluar daripada papan pemuka (dashboard) di hadapan lori.

“Api terus merebak selepas pemandu cuba membuka pintu lori tersebut,” katanya di sini hari ini.

Menurut Azli, anggota bomba dari Balai Bomba Kuala Lipis tiba di lokasi pada pukul 12.30 hari untuk memadamkan kebakaran dan tiada ada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Kuala Lipis, Haslizan Ramli berkata, balai bomba di sini menerima panggilan mengenai kebakaran lori balak pada pukul 11.52 pagi hari ini.

“Seramai tujuh anggota dari balai bomba di sini dan sebuah jentera diketuai pegawai operasi, Anuar Rafar bergegas ke tempat kejadian di Jambatan Gemunchor berdekatan Kampung Mela.

“Setibanya di tempat kejadian, pegawai operasi melaporkan terdapat kebakaran sebuah lori balak yang sudah 100 peratus terbakar dan tidak melibatkan mangsa, iaitu pemandu berkenaan.

“Anggota bomba melakukan penugasan pemadaman menggunakan dua aliran salur air tangki pam jentera dan kemudiannya membuat pemantauan tiada ada lagi punca api di tempat kejadian,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya