Temin Legacy intai peluang pelabur, kembangkan projek pertanian berskala besar - Utusan Malaysia

Temin Legacy intai peluang pelabur, kembangkan projek pertanian berskala besar

MOHD. Farid Daud (tengah) menunjukkan penggunaan dron bagi tujuan semburan pokok pisang pada Program Anak Muda Menerajui Ladang Integrasi Moden di Labu Hilir, Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Syarikat Temin Legacy Sdn. Bhd. (Temin Legacy) yang menguruskan ladang integrasi di Nilai di sini kini mengintai peluang kehadiran pelabur dalam usaha syarikat itu mengembangkan projek pertanian berskala besar yang berkeluasan sehingga kira-kira 121 hektar bagi tempoh lima tahun mendatang.

Pemilik syarikat, Mejar (B) Mohd. Farid Daud, 37, berkata, syarikat itu kini menguruskan ladang integrasi yang menggabungkan tanaman dan ternakan.

Bekas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu berkata, ia termasuklah tanaman pisang, tebu, labu manis, rumput napier dan ternakan ayam kampung serta ikan keli yang membabitkan keluasan tanah 6.07 hektar termasuk di Kampung Tiroi, Nilai.

“Dianggarkan sebanyak 200 tan untuk hasil pengeluaran pertanian mampu diraih dalam tempoh setahun menerusi ladang integrasi yang diusahakan sejak 2022 tersebut.  

“Ketika ini, usaha pengembangan projek dibuat secara berfasa. Kami juga kini dalam proses untuk mencari pelabur-pelabur yang berminat untuk projek pertanian berskala besar tersebut termasuk dijangka akan turut dijalankan di Pahang,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Anak Muda Menerajui Ladang Integrasi Moden di Labu Hilir, di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd. Farid berkata, terdapat peluang besar bagi perniagaan tani di negara ini dalam membantu menyokong keterjaminan makanan di Malaysia.

“Selain sokongan kewangan dan akses pasaran, perkongsian juga penting bagi pertumbuhan sesuatu projek yang mampan.

“Oleh itu, pasaran pertumbuhan penting untuk Temin Legacy menerusi penglibatan para pelabur yang berpotensi dalam projek-projek kami, untuk tempoh lima tahun akan datang ini,” katanya.

Dalam pada itu juga, katanya, dalam tempoh yang sama, pihaknya juga mengintai peluang untuk menerokai pasaran luar negara seperti China dengan memasarkan produk-produk hiliran daripada projek pertanian ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya