MUAR: Seorang lelaki tempatan di tahan disyaki terlibat dengan kes amang seksual
fizikal terhadap seorang remaja 17 tahun yang merupakan anak kepada teman wanitanya di Parit Keroma, Jalan Junid, Muar, di sini.
Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Assisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, suspek di tahan pada 10 januari 2024 kira-kira pukul 8.00 malam oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.
“Hasil siasatan mendapati suspek yang berusia 53 tahun merupakan teman lelaki kepada ibu mangsa.
“Kejadian berlaku pada 8 Januari 2024 semasa suspek berada dirumah bersama mangsa ketika ibunya keluar bekerja.
“Suspek direman selama enam hari bermula 11 Januari hingga 16 januari 2024 bagi siasatan lanjut,”katanya ketika dihubungi hari ini.
Tambah Raiz Mukhliz, kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang mana jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat jika sabit kesalahan.
“Pihak polis menasihati orang ramai supaya cakna dan prihatin dengan jenayah seksual terhadap kanak-kanak kerana kejadian ini boleh memudaratkan kesihatan emosi dan mental yang berpanjangan terhadap
mereka sekiranya tidak dibendung lebih awal.
“Pihak polis juga akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu yang melakukan sebarang tindakan yang berkaitan gangguan seksual mengikut undang-undang sedia ada,”ujarnya.