Tebatan banjir Sungai Kenau minimumkan kesan banjir di pekan Sungai Lembing - Utusan Malaysia

Tebatan banjir Sungai Kenau minimumkan kesan banjir di pekan Sungai Lembing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kenau, dekat Sungai Lembing yang dibina bagi meminimakan bencana dan kesan banjir di pekan Sungai Lembing dijangka siap pada November 2026.

Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, sebanyak RM100 juta tela diperuntukan kerajaan Persekutuan di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Menurutnya, projek RTB Sungai Kenau itu telah dimulakan sejak November tahun lalu dengan menggunakan kaedah ‘reka dan bina’.

“Perlaksanaan projek tabatan banjir ini dibuat bagi meminimumkan kesan bencana banjir terutama membabitkan keseluruhan pekan Sungai Lembing.

“Insha Allah, November 2026, projek ini akan selesai dan kita jangka dapat kurangkan kepada paras minimum mangsa yang terkesan banjir di sini.

“Sebab itulah, saya datang beberapa kali untuk melihat bagaimana corak banjir di sini. Apabila projek ini (tebatan banjir) dibuat secara ‘reka dan bina’ sudah pasti ia mengambil kira pandangan masyarakat, orang lama bagaimana arah aliran sungai yang menyumbang kepada banjir di sini,” katanya ketika ditemui di pekan Sungai Lembing, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Shahar berkata, kerja-kerja pembinaan tersebut termasuk mendalamkan sungai dan membina benteng sepanjang sungai sejauh tujuh kilometer.

Jelasnya, ia membabitkan hampir keseluruhan kawasan Sungai Lembing bermula dari kampung Sungai Kenau hingga ke Sungai Rimau.

“Kita betulkan balik (semula) sistem aliran dalam pekan Sungai Lembing dan menempatkan pam di lokasi tertentu, jika berlaku banjir termenung.

“Bila kita sekat air sungai daripada mengalir, kita (perlu) kena ingat pekan ini banjirnya air juga datang dari bukit,” katanya.

Sementara itu, tambah beliau, pihak kerajaan akan memaklumkan kepada penduduk di kawasan Sungai Lembing tentang reka bentuk awal projek terbabit pada pendengaran awam yang akan diadakan Ahad ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya