Tebar pukat bukan dapat ikan tapi sampah

Tebar pukat bukan dapat ikan tapi sampah

Rosli Ahmad (dua dari kiri) melihat Mohd. Muszairi Mohamed (tiga dari kanan) menunjukkan jaring pukat hanyut yang koyak rabak dipenuhi rumput dan sampah di Pantai, Puteri, Melaka. UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kira-kira 470 nelayan di lapan pangkalan dari Klebang hingga Pantai Kundor terjejas teruk dengan pendapatan dan hasil tangkapan merosot ekoran pencemaran sampah sarap di perairan dekat sini.

Masalah sampah sarap terutama rumput yang dipotong, plastik, kayu dan sebagainya telah merosakkan jaring pukat hanyut nelayan.

Ketua Nelayan Pangkalan Puteri, Rosli Ahmad berkata, masalah sampah sarap dihanyutkan ke laut berlarutan terlalu lama, seolah-olah tidak ada penyelesaian biarpun aduan telah dibuat kepada pihak berwajib.

Menurutnya, sampah sarap terutama rumput yang dipotong oleh kontraktor pembersihan di Pantai Puteri dibuang ke kawasan longkang yang menghala ke laut.

“Sebab sampah ini punca banyak jaring nelayan rosak teruk dan terpaksa menanggung kerugian antara RM4,000 hingga RM8,000,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Rosli memberitahu, Pantai Puteri paling teruk terjejas selain Pantai Kundor, Pantai Rombang, Pantai Jaring, Pantai Perigi, Tanjung Kling dan Lereh.

Dalam pada itu, seorang nelayan, Mohd. Muszairi Mohamed, 37, berkata, dia kesal dengan sikap kontraktor pembersihan di Pantai Puteri yang membuang sampah ke dalam longkang hingga mencemari perairan.

Katanya, dia telah membuat laporan di Balai Polis Tanjung Kling berhubung kerugian sebanyak RM8,000 akibat jaring pukat hanyutnya koyak rabak disebabkan sampah. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya