Tapak caravan dari Tanjung Bidara hingga Sungai Kesang

Tapak caravan dari Tanjung Bidara hingga Sungai Kesang

AB. RAUF Yusoh duduk di luar campervan selepas pelancaran Tapak Caravan di Taman Bandaraya Bukit Serindit, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri akan membina lebih banyak tapak khas kenderaan rekreasi (RV) terutama dalam usaha menarik lebih ramai pemilik dan pengembara beriadah ke Melaka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, beberapa lokasi sedang dikenal pasti terutama di sepanjang kawasan pantai dari Tanjung Bidara hingga ke Sungai Kesang.

Menurutnya, kajian teliti sedang diusahakan dalam mengenal pasti tapak caravan untuk dibangunkan kemudahan asas seperti bekalan elektrik, surau, tempat barbeku, tandas awam dan sebagainya.

“Justeru, Melaka mengambil inisiatif untuk menarik minat lebih ramai pengembara dan pemilik campervan untuk datang sebagai pelancong serta beriadah di negeri ini. Perkelahan campervan ini merupakan satu tarikan baharu untuk datang ke Melaka kerana mereka ini suka mengembara dan suka kehidupan luar.

“Saya difahamkan menerusi Persatuan Caravan Malaysia, sudah ada 1,000 kenderaan RV yang bergerak di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Tapak Caravan di Taman Bandaraya Bukit Serindit di sini, kelmarin.

Tambah Ab. Rauf, setakat ini sudah ada dua tapak RV di negeri ini iaitu di Bukit Serindit dan
Paya Lebar, Masjid Tanah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya