Tangguh ke bandar Kota Tinggi - Polis - Utusan Malaysia

Tangguh ke bandar Kota Tinggi – Polis

HUSSIN Zamora (dua dari kanan) berbual dengan mangsa banjir sempena operasi menyelamat di sekitar bandar Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Orang ramai dinasihatkan supaya menangguhkan sementara perjalanan ke bandar ini susulan banjir yang melanda

Meskipun keadaan cuaca cerah hari ini, namun kawasan bandar hanya boleh diakses menggunakan bot kerana masih digenangi air dan belum menunjukkan tanda untuk surut.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, dijangka akan berlaku peningkatan paras air di kawasan berkenaan sehingga mencecah tiga meter melibatkan kawasan rendah.

“Setakat ini masih lagi ada beberapa jalan alternatif yang boleh dilalui untuk keluar dari bandar Kota Tinggi ke kawasan Mersing ataupun Johor Bahru. 

“Antaranya, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, Jalan Kota Tinggi-Mersing melalui ‘bypass’ dan jalan simpang lampu isyarat Pasak ke Bandar Penawar untuk ke Johor Bahru, tetapi mengambil masa yang agak lama kerana pengalihan jalan.

“Pihak polis menyeru penduduk yang terjejas mahupun orang ramai yang ingin memasuki bandar Kota Tinggi untuk menangguhkan sementara pergerakan mereka,” katanya ketika ditemui pada operasi menyelamat mangsa banjir di sekitar bandar Kota Tinggi, hari ini.

Situasi banjir di bandar kali ini melibatkan banyak jalan yang masih digenangi air, katanya sambil meminta orang ramai membuat pemantauan jalan menerusi media atau laman Facebook rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), PDRM dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Saya berharap masyarakat Kota Tinggi dapat kekal tenang dan tidak panik kerana keadaan pada masa ini adalah terkawal.

“Malah, operasi pencegahan jenayah juga dilakukan selepas operasi menyelamat, bagi memastikan keselamatan harta benda mangsa banjir yang ditinggalkan, terutamanya kediaman berada dalam keadaan selamat sepanjang mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS).

“Sejak banjir melanda pada 4 Disember lalu hingga kini, PDRM tidak ada menerima sebarang laporan tentang kehilangan harta benda mahupun kecurian atau kehilangan nyawa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya