Tanam cendawan bawah flat PPR jana pendapatan - Utusan Malaysia

Tanam cendawan bawah flat PPR jana pendapatan

Ahli Kebun Komuniti Cendawan menunjukkan hasil tuaian yang diperolehi di Kebun Komuniti Cendawan di flat PPR Melana Indah fasa 2, Taman Perling, Johor Bahru disini. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI Pemberita: Raja Jaafar Ali
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Bagi menambah pendapatan dan membantu golongan asnaf satu program dicetuskan dengan penanaman cendawan yang diberi nama Projek Mushroom, Investment, Social, Hero, Agriculture (MISHA).

Projek yang diusahakan pada bulan November 2023 itu berjaya mengubah gaya hidup para penduduk terutama ahli persatuan bagi menambah sumber pendapatan.

Pengarah Program MISHA, Farrah Faridah Baptist berkata, projek penanaman cendawan ini tercetus apabila beliau melawat kawasan perumahan projek perumahan rakyat (PPR) yang boleh dijadikan kebun komuniti.

“Apabila saya melihat sekitar bawah flat di PPR Melana Indah fasa 2 ini saya dapati banyak kawasan kosong yang boleh dijadikan kebun komuniti dari dibiarkan kosong.

“Saya berjumpa dengan pihak pengurusan flat dan kebetulan salah seorang penduduk disini merupakan kenalan saya, dan hasil perbincangan sebuah kebun komuniti berjaya dibuat dengan tanaman cendawan,” katanya kepada Utusan di PPR Melana Indah, Taman Perling disini.

Sebagai permulaan sebanyak 5,346 bongkah disemai dengan mendapat tajaan geran sebanyak RM40,000 dari APPGM-SDG dan Sosial Hero Foundation.

10 orang peserta diberi kursus cara-cara menanam cendawan terdiri dari ibu dan bapa tunggal, orang kurang kelainan upaya (OKU) dan warga emas yang ditugaskan mengawal selia kebun ini secara bergilir-gilir.

Sementara itu Pengurus Kebun Komuniti Cendawan PPR Melana Indah, Hasanah Herman 41 berkata, percubaan penanaman cendawan ini mendapat hasil yang lumayan walaupun pertama kali diusahakan oleh ahli seramai 10 orang yang terdiri dari penduduk di sini.

“Penaja yang menaja projek ini amat berpuas hati dengan pendapatan yang diperolehi sekitar RM1,500 sebulan.

Semua hasil jualan akan dimasukkan kedalam tabung dan dengan pendapatan ini dapat menyara para ahli yang merupakan asnaf sehingga boleh menjimatkan belanja dapur sebanyak 50 peratus,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya