Syukur kambing, lembu selamat banjir - Dalhar - Utusan Malaysia

Syukur kambing, lembu selamat banjir – Dalhar

DALHAR Ahmad memberi makan kambing ternakannya yang terselamat dalam kejadian banjir di Kampung Maju Jaya, Jalan Kempas Lama, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang penternak kambing dan lembu di Kampung Maju Jaya, Jalan Kempas Lama di sini bersyukur apabila haiwan ternakannya selamat dalam kejadian banjir, semalam.

Dalhar Mohamad, 64, hanya mampu berserah apabila air naik dengan cepat selepas Sungai Tebrau melimpah sehingga menenggelamkan kawasan sekitar.

Walaupun kambing dan lembunya tidak terjejas, dia tetap menanggung kerugian apabila kediamannya dinaiki air setinggi paras pinggang.

“Saya dan anak mula menternak kambing dan lembu sejak 2015, mujurlah kandang kambing dibina lebih tinggi daripada kebiasaan. Tujuannya adalah bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan najis dan mengelakkan banjir.

“Jadi, ketika banjir semalam, kandang kambing tidak terjejas manakala sebahagian daripada kandang lembu ditenggelami air, kami hanya mampu pasrah kerana tidak sempat mengeluarkan lembu-lembu dari kandang, Alhamdulillah semuanya selamat,” katanya ditemui, di sini hari ini.

Dalhar berkata, selain perabot, tanaman cili sebanyak 200 pokok juga musnah apabila kawasan tersebut ditenggelami air.

Kejadian banjir itu turut menyebabkan kerugian kepada pengusaha sebuah bengkel motosikal yang terdapat bersebelahan kawasan kandang haiwan berkenaan.

Pembantu bengkel, Azizzul Mohd. Ismail, 35,  memberitahu, banjir semalam menyebabkan sebahagian barangan dan alatan ganti motosikal rosak.

“Ada bahagian yang masih dapat digunakan, namun perlu dipilih dengan teliti dan dibersihkan terlebih dahulu. Tetapi barangan yang rosak tidak boleh digunakan lagi, memang rugi sedikit.

“Kita pun tidak jangka kawasan ini akan dinaiki air, walaupun bersebelah dengan Sungai Tebrau yang jaraknya tidak sampai 10 meter, tetapi kali terakhir kawasan ini dinaiki air setinggi ini adalah pada tahun 2006,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya