Syarikat tipu mangsa umrah didakwa di mahkamah pada Selasa

Syarikat tipu mangsa umrah didakwa di mahkamah pada Selasa

ARMIZAN Mohd. Ali (dua kiri) semasa melawat pusat penjualan barang perlu dan kawalan di Tenom, hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TENOM: Syarikat yang didakwa melakukan penipuan pakej umrah terhadap 47 mangsa akan didakwa di mahkamah pada 9 Januari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, sebahagian siasatan sudah lengkap dan setakat ini sebuah syarikat yang berpangkalan di Putrajaya sudah pun menerima notis untuk pendakwaan.

Pendakwaan akan dilakukan di bawah Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Beliau berkata, pihaknya menerima aduan daripada mangsa pada 22 Disember lalu mengenai kesalahan syarikat umrah yang tidak mematuhi keputusan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) yang menetapkan award yang perlu dibayar oleh syarikat berkenaan kepada mangsa yang terlibat.

Katanya, setakat ini bahagian penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah membuka 88 kertas siasatan mengenai kes penipuan umrah berkenaan.

“Sebaik sahaja menerima aduan tersebut, KPDN telah membuka sebanyak 88 kertas siasatan. Penguat kuasa kita bekerja pada hujung tahun sehingga awal tahun ini.

“Kita melaksanakan siasatan yang telus dan terperinci dengan kadar segera dan saya boleh maklumkan pada Selasa ini, sebuah syarikat berpangkalan di Putrajaya telah diberi notis untuk proses pendakwaan di mahkamah,” katanya semasa sidang akhbar di sini, hari ini.

Menurut Armizan, dalam isu penipuan umrah ini, bidang kuasa KPDN adalah terkait kepada aspek kepenggunaan sementara aspek perlesenan, elemen jenayah dan lain-lain adalah di bawah bidang kuasa kementerian dan agensi lain.

Menurut Armizan, mengambil kira isu dan kes melibatkan penipuan umrah semakin banyak maka, beliau mengarahkan Ketua Setiausaha KPDN untuk mengadakan perbincangan segera melalui sebuah jawatankuasa yang melibatkan agensi berkaitan seperti Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (berkaitan perlesenan), Polis Diraja Malaysia, Jabatan Wakaf Zakat dan Haji Jabatan Perdana Menteri dan Pejabat Peguam Negara.

Pada 24 November lalu, media melaporkan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menggesa PDRM melakukan siasatan atas kesalahan jenayah terhadap sebuah syarikat yang disyaki memperdayakan 123 mangsa penipuan pakej umrah membabitkan jumlah kerugian RM1.3 juta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya