Suspek kes bunuh wanita Indonesia cuba serang polis dengan parang

Suspek kes bunuh wanita Indonesia cuba serang polis dengan parang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menembak seorang suspek kes bunuh wanita Indonesia yang ditemukan mati di tepi tangga di Desa Mentari di sini, Isnin lalu.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya melakukan serbuan pada 5.50 petang di sebuah pangsapuri di Bukit Subang, Shah Alam di sini.

Katanya, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Selangor dan JSJ Ibu pejabat Polis Daerah Petaling Jaya telah buat serbuan berkaitan satu kes bunuh.

“Apabila tiba di alamat tersebut, pasukan serbuan telah mengetuk pintu beberapa kali namun tidak dibuka.

“Kemudian pasukan serbuan masuk ke kediaman itu dan memperkenalkan diri sebagai polis sebelum terlihat seorang lelaki tiba-tiba telah datang ke arah salah seorang pegawai serbuan dan menyerang pasukan serbuan dengan bersenjatakan parang.

“Untuk mempertahankan diri, pegawai serbuan telah melepaskan tembakan ke arah suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya