Suri rumah ditemukan maut dengan kesan kelar di leher - Utusan Malaysia

Suri rumah ditemukan maut dengan kesan kelar di leher

RUMAH seorang suri rumah ditemukan mati dengan kesan kelar di bahagian leher di Triang, Bera, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Seorang suri rumah ditemukan maut dengan kesan kelar di leher di sebuah rumah di Kampung Sri Buntar, Triang di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, pihaknya menerima panggilan daripada kakitangan Jabatan Kesihatan kira-kira pukul 9 pagi bagi memeriksa keadaan wanita itu yang didapati terbaring dalam bilik air dengan keadaan berlumuran darah di leher.

“Kami menerima panggilan kira-kira pukul 9 pagi memaklumkan kejadian itu. Setelah melakukan pemeriksaan, terdapat kesan kelar di leher mangsa.

“Pihak polis turut menemukan nota bertulisan tangan yang dipercayai ditulis mangsa yang meminta maaf dengan apa yang berlaku, dan meminta adik beradiknya untuk menjaga anak-anaknya,” katanya di sini hari ini.

Menurut Zulkiflee, kertas nota tersebut perlu dihantar kepada pihak forensik bagi melakukan pengesahan sama ada ia benar tulisan mangsa.

Tambah beliau, berdasarkan siasatan awal, wanita terbabit dikatakan mengalami kemurungan dan tidak dapat tidur sejak sebulan lalu.

“Setakat ini, kita percaya ia bukan membabitkan kes samun atau bunuh, bagaimanapun, siasatan diteruskan dari pelbagai sudut. Saya harap masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya