KUALA LUMPUR: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 di Istana Negara kira-kira pukul 11.20 pagi di Istana Negara di sini, menandakan bermulanya tempoh pemerintahan lima tahun Seri Paduka sebagai tonggak kedaulatan dan perpaduan negara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. – UTUSAN
