Sultan Ibrahim dibawa dengan pesawat khas ke Istana Negara - Utusan Malaysia

Sultan Ibrahim dibawa dengan pesawat khas ke Istana Negara

JALAN dari Istana Bukit Serene menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai akan ditutup pagi esok sempena keberangkatan Sultan Ibrahim menuju ke Istana Negara, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kira-kira 30,000 rakyat Johor dijangka membanjiri sepanjang jalan dari Istana Bukit Serene menuju ke Hangar Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, untuk menyatakan sokongan dan kesyukuran atas pertabalan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17.

Sultan Ibrahim, 66, dijadualkan berangkat menuju ke lapangan terbang pada pukul 8 pagi, melalui perjalanan sejauh 35.5 kilometer yang dianggarkan mengambil masa sejam.

Di sepanjang perjalanan, baginda akan menerima lambaian dan kibaran bendera negeri Johor daripada rakyat pelbagai kaum termasuk para pelajar, kakitangan kerajaan negeri dan Persekutuan serta swasta.

Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, baginda dibawa menaiki pesawat khas ke Pangkalan Tentera Diraja Malaysia Subang, Selangor yang dijadualkan berlepas pada pukul 9 pagi, seterusnya menuju ke Istana Negara.

Apabila tiba di Istana Negara kira-kira pukul 10.30 pagi, baginda akan memeriksa kawalan kehormat utama daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Dataran Istana Negara.

Selepas itu, baginda bergerak masuk ke Anjung Utama, Istana Negara dan kemudian dijadualkan untuk menghadiri Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17.

Pada 27 Oktober tahun lalu, Majlis Raja-Raja Ke-263 (Khas) berlangsung di Istana Negara sebulat suara mengisytiharkan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17, manakala Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Sultan Ibrahim merupakan putera sulung kepada Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail dan Almarhumah Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya