Sultan Ibrahim berangkat ke Istana Negara - Utusan Malaysia

Sultan Ibrahim berangkat ke Istana Negara

KENDERAAN yang membawa Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berangkat meninggalkan Istana Bukit Serene, Johor Bahru menuju ke Hangar Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berangkat ke Istana Negara, Kuala Lumpur bagi menyempurnakan Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17, hari ini.

Kenderaan yang membawa baginda berangkat meninggalkan Istana Bukit Serene, di sini pada pukul 7.45 pagi menuju ke Hangar Diraja,  Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Kulai.

Pesawat khas yang membawa baginda dijangka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai kira-kira pukul 9 pagi dan dijadualkan mendarat di Pangkalan Udara Tentera Diraja Malaysia Subang, Selangor sebelum bergerak ke Istana Negara.

Sultan Ibrahim, 66, diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Ke-263 pada 27 Oktober tahun lalu.

Mesyuarat yang dipengerusikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin turut mengisytiharkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh lima tahun.

Pemasyhuran Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 bagi menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya