BATU PAHAT: Suasana sedih dan pilu menyelubungi pengkebumian jenazah ibu tunggal yang mati dibunuh, Mila Sharmilah Samsusah, 32, di Tanah Perkuburan Islam Banang Jaya, dekat sini petang ini
Jenazah ibu kepada dua anak yang lebih dikenali sebagai Bella itu selamat dikebumikan pada pukul 6.15 petang.
Kira-kira 300 orang termasuk ahli keluarga, saudara-mara, rakan Bella serta penduduk kampung hadir bagi memberi penghormatan kepada mangsa.
Lebih meruntun jiwa apabila dua anak Bella, Eusuf Abu Fatah dan Maream Isabel, masing-masing berusia lima dan dua tahun hanya mampu meratapi jenazah ibu mereka.
Terdahulu, jenazah Bella dituntut ahli keluarganya dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru kira-kira pukul 3 petang.
Jenazah kemudiannya dibawa ke Masjid Dato’ Bentara Luar, Batu Pahat untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan. – UTUSAN