SPRM sahkan Ismail Sabri beri keterangan - Utusan Malaysia

SPRM sahkan Ismail Sabri beri keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah mengambil keterangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membantu siasatan berhubung perbelanjaan dana RM700 juta untuk tujuan publisiti dan promosi semasa pentadbiran kerajaan terdahulu.

Selain Ahli Parlimen Bera, SPRM turut mengesahkan memanggil isteri kepada bekas Menteri Kewangan, Tun Abdul Daim Zainuddin iaitu Toh Puan Nai’mah Abdul Khalid dan dua anaknya Muhammad Amin Zainuddin dan Muhammad Amir Zainuddin di Ibu Pejabat SPRM bagi dirakamkan keterangan mereka.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, keterangan ketiga-tiga ahli keluarga tokoh konglomerat ini diambil bagi memastikan beberapa perkara berhubung aset bernilai tinggi di dalam dan di luar negara yang berada di bawah nama syarikat kepunyaan mereka serta terkait dengan siasatan terhadap Daim.

“SPRM ingin menjelaskan bahawa satu Notis telah diserahkan kepada Daim di bawah Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009 pada 7 Jun 2023 manakala Notis di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009 juga telah diserahkan kepada ahli keluarga beliau.

“Sebagaimana yang telah dinyatakan pada Kenyataan Media SPRM bertarikh 30 Disember 2023 yang lalu, siasatan terhadap Daim telah bermula pada Februari 2023 berdasarkan pendedahan serta maklumat daripada Kertas Pandora,” kata kenyataan itu.

Kata kenyataan itu lagi, siasatan terhadap aset milik Daim juga masih terus berjalan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN