SMART SBB Ala Sekinchan jadikan Sabah, Sarawak jelapang padi negara

SMART SBB Ala Sekinchan jadikan Sabah, Sarawak jelapang padi negara

MOHAMAD Sabu (tengah) mengendalikan jentera mesin menanam padi semasa Majlis Perasmian Smart SBB Ala Sekinchan di Kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Bendang Tok Ajam, Pasir Putih, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Ala Sekinchan yang diperluaskan ke Sabah dan Sarawak dalam usaha menjadi  negeri itu sebagai jelapang padi kedua negara pada masa hadapan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ketika Kedah, Kelantan masing-masing memainkan peranan sebagai jelapang padi utama negara melalui Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

Menurutnya, awal bulan hadapan beliau akan bertemu Premier Sarawak bagi membincangkan perkara berkait dengan penanaman padi di negeri berkenaan.

“Hasil padi di kedua-dua negeri itu sebenarnya agak tinggi terutama di Sarawak. Jika kita bersama Sarawak menerusi cara moden ini, saya yakin hasil hasil yang diperoleh akan tinggi.

“Ianya sekali gus merealisasikan hasrat kita untuk mencukupkan bekalan beras di kedua-dua negeri itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Projek SMART SBB Ala Sekinchan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di bendang Tok Ajam, di sini hari ini.

Ahli Parlimen Kota Raja itu memberitahu, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM10 juta untuk meningkatkan pengeluaran hasil padi bukit di kedua-dua negeri tersebut.

Katanya, hasil keluaran padi bukit itu boleh dieksport ke luar negara.

“Kita akan kembangkan lagi kerja-kerja tanaman padi bukit ini. Insya-Allah dengan usaha berterusan ini, kita mampu mencukupkan bekalan beras negara pada masa hadapan,” ujarnya.

Mohamad berkata, kerajaan menyasarkan sebanyak 150,000 hektar sawah daripada keluasan 600,00 hektar akan diusahakan menggunakan SMART SBB Ala Sekinchan menjelang 20230.

Katanya, melalui projek ini hasil pengeluaran padi mampu ditingkatkan kepada tujuh tan setiap satu hektar.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya