Siasatan terhadap Roger masih berjalan

Siasatan terhadap Roger masih berjalan

ROGER NG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Siasatan terhadap bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng dalam usaha pemulihan aset dipercayai diseleweng daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih berjalan.

Memberitahu Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, lelaki berusia 51 tahun itu masih dalam pemantauan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“PDRM masih dalam proses mengambil keterangan-keterangan berkaitan daripada Roger.

“Sepanjang siasatan, dia memberi kerjasama yang baik. Siasatan menunjukkan (perkembangan) positif,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

10 Oktober lalu, Razarudin mendedahkan siasatan dijalankan pihaknya terhadap Roger tertumpu kepada modus operandi berkaitan penjualan bon dipercayai dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau dilaporkan berkata, pihaknya menjalankan siasatan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA).

Jelas beliau, siasatan memfokus kepada modus operandi Roger dalam penjualan bon termasuk komisen yang diperoleh.

7 Oktober lalu, media melaporkan Roger yang sedang menjalani hukuman penjara di Amerika Syarikat (AS) diperintahkan oleh untuk menyerah diri kepada Perkhidmatan Marshal AS sebelum diserahkan kepada Malaysia untuk menghadapi perbicaraan di negara ini.

Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan di Bandaraya New York memerintahkan agar Ng Chong Hwa (atau lebih dikenali sebagai Roger Ng) dibawa balik ke AS selepas perbicaraan di Malaysia untuk menjalani hukuman penjara 10 tahun yang telah dijatuhkan ke atas beliau.

Roger dijatuhkan hukuman selepas juri mendapati dia bersalah kerana membantu bekas bos Goldman, Tim Leissner mencuri wang 1MDB selain melakukan penggubahan wang haram menggunakan dana tersebut.

19 Disember 2018, Roger mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan bersubahat dengan Goldman Sachs berhubung penjualan bon 1MDB bernilai AS$6.5 bilion dengan menggugurkan fakta material dan membuat kenyataan palsu.

Beliau didakwa melakukan semua kesalahan itu di pejabat 1MDB, Tingkat 8, Menara IMC, Jalan Sultan Ismail di sini, antara 19 Mac 2012 hingga 11 November 2013.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN