Sempat pindah kitab, al-Quran sebelum madrasah ditenggelami banjir - Utusan Malaysia

Sempat pindah kitab, al-Quran sebelum madrasah ditenggelami banjir

PELAJAR tahfiz antara mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS di Dewan Serbaguna Kampung Baru Sungai Mas, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Madrasah Tahfiz Kota Tauhid Kampung Baru Sungai Mas yang menempatkan 13 pelajar dan dua tenaga pengajar dilaporkan ditenggelami banjir.

Warden pusat tahfiz berkenaan, Mohd Azam Mohd Zin, 52, berkata empat kereta milik tenaga pengajar dan penduduk setempat yang parkir di situ turut terjejas.

“Mujur kami sempat memindahkan buku, kitab dan al-Quran ke rak khas yang disediakan termasuk barang elektrik ke tempat tinggi.

“Banjir kali ini teruk juga berpunca dari sungai dan parit yang cetek depan rumah,” katanya ketika ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kampung Baru Sungai Mas di sini hari ini.

Dalam pada itu, penduduk Abdul Aziz abdul Sukor, 59, berkata sungai di belakang dan parit di depan rumah penduduk sudah terlalu cetek sehingga nampak pasir pada bahagian dasarnya.

“Sudah tiga atau empat tahun sungai tidak dibesarkan. Pertembungan Sungai Felda Mas dam Sungai Ulu Papan berdekatan kampung ini memburukkan lagi keadaan.

“Usaha dan permohonan untuk membesarkan sungai dan parit di kampung ini sudah diajukan kepada pihak berkenaan. Harap dapat dipercepatkan,” katanya.

Seramai 45 mangsa dari sembilan buah keluarga ditempatkan di PPS berkenaan sejak malam semalam selepas hujan berterusan yang mengakibatkan banjir kilat berlaku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya